VOL 1-PAGE 1(REV 01)
Pengenalan
Jatuh adalah antara kemalangan kanak-kanak di rumah yang paling sering
berlaku di Malaysia. Kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun lebih
cenderung untuk cedera akibat jatuh. Mereka lebih berisiko disebabkan
oleh tahap perkembangan dan keadaan persekitaran mereka.Jatuh boleh berlaku dimana-mana sahaja:
-
Dalam rumah. Contohnya jatuh dari :
- Perabot
- Tangga
- Beranda
- 'Baby walker'
-
Di kawasan luar rumah. Contohnya :
- Di padang permainan.
- Semasa menggunakan alat-alat permainan.
Kecederaan akibat jatuh
Akibat jatuh, kanak-kanak akan mengalami pelbagai jenis kecederaan seperti berikut:- Tisu lembut - calar, terseliuh, luka dan melecek.
- Patah - bengkak, sakit dan cacat anggota.
- Kepala - bengkak kepala, berdarah di telinga, hidung dan mulut, mengantuk, muntah, sawan dan pengsan.
- Kecederaan organ dalaman.
Kesan serius akibat jatuh
- Kecederaan otak yang kekal, menyebabkan tulang patah dan tumbesaran terbantut.
- Kecederaan serius boleh menyebabkan kerosakan organ yang kekal atau kematian.
Rawatan
Rawatan yang diperlukan bergantung kepada jenis dan keterukan kecederaan.- Jika kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan kecil misalnya calar dan terseliuh, tekap kawasan cedera dengan air batu. Berikan anak anda ubat penahan sakit (sirap paracetamol) untuk mengurangkan kesakitan. Rehatkan anggota yang tercedera.
- Jika anak anda mendapat luka, cuci dengan air, tekap kawasan cedera dengan ibu jari anda beberapa minit untuk memberhentikan darah mengalir dan rehatkan anggota yang tercedera. Balut dengan kain bersih.
- Jika anda mengesyaki tulang anak anda patah, balutkan dengan selimut, kain yang tebal atau bantal untuk menghalang pergerakkan. Gunakan kain untuk mengampu tulang yang patah dibahagian tangan dan lengan.
- Periksa kawasan balutan untuk pastikan pergerakan darah yang normal. Jika kulit menjadi sejuk atau berubah warna, longgarkan balutan.
- Jika anda mengesyaki anak anda cedera serius, sila dapatkan bantuan doktor.
Pencegahan
Kebanyakan kemalangan terjatuh boleh dicegah. Terdapat langkah-langkah untuk mencegahnya :Tangga
- Pagarkan anak tangga bawah dan atas dan pintu rumah.
- Pastikan semua tangga diterangi cahaya lampu.
- Pastikan anak tidak dibiarkan berseorangan di tingkat atas, beranda atau di tempat yang tinggi.
Lantai
|
- Elakkan meletak kerusi dan perabot berhampiran tingkap.
- Cuci bilik mandi dengan kerap untuk mengelak lantai daripada berlumut dan menjadi licin.
Semakan Akhir | : | 26 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Norraliza bt. Md. Zain |
Penyemak | : | Dr. Fuziah bt. Md. Zain |
portal kementerian keselamatan malaysia
VOL 1,PAGE 1(REV 00)
Kecederaan di rumah di sebabkan Jatuh
Anak yang jatuh dari ketinggian 2 atau 3 kaki boleh cedera teruk. Rumah anda mempunyai sesuatu kawasan di mana anak boleh ditimpa kecederaan ini. Kawasan yang berbahaya ialah di tangga, tingkap dan berandah. Oleh itu, ibu bapa mesti sentiasa berwaspada. Ibu bapa yang memberi perhatian kepada prinsip-prinsip berikut boleh mengelakkan kecederaan di rumah.
Jangan tinggalkan bayi bersendirian di katil, sofa atau meja menukar lampin. Jika hendak menjawab telefon atau membuat kerja lain, bawa bayi bersama.
Pastikan tangga tidak gelap dan tiada barang-barang bertaburan. Kawasan tangga bukannya tempat untuk bermain.
Gunakan pagar keselamatan di atas dan di bawah tangga untuk mengelakkan anak daripada turun naik tangga sesuka hati.
Jauhkan anak daripada bermain di berandah atau bumbung rumah.
Jauhkan perabot dari tingkap kerana anak boleh memanjat perabot yang berhampiran utnutk mengelakkan kecederaan
Jangan tinggalkan anak yang berumur 1-2 tahun di dalam bilik mandi bersendirian. Pastikan jubin bilik mandi daripada jenis yang tidak licin.
Alat bertatih (walker) berbahaya jika anak tidak diawasi. Alat ini tidak akan mempercepatkan anak mula berjalan.
Jika buai sarung digunakan, pastikan :
- anak berumur kurang daripada 6 bulan
- Alaskan lantai di bawah buai dengan tilam atau bantal
- Jangan beli buai yang beroda
- Anak-anak lain tidak bermain berhampiran dengan bayi di dalam buai.
Dengan cara sedikit pengetahuan ini kita dapat mengelakkan kecederann di rumah
Tips yang menarik..terima kasih..:)
BalasPadamPakar Pembekal Telekung
https;//alwaangallery.blogspot.com
https://www.fb.com/alwaangallery