Sabtu, 26 Oktober 2013

VOL 9-Warga Emas-Mengelak Kecederaan di Rumah (page 1-rev00)

Keselamatan warga emas adalah sangat penting bagi mengelakkan kemalangan dan kecederaan.
Antaranya ialah jangan biarkan rumah anda berselerak contohnya seperti barang permainan anak anda. Ini boleh menyebabkan luka atau terjatuh ketika terpijak atau tergelincir. Jangan letakkan karpet atau ‘rugs’ yang boleh meyebabkan tergelincir.
Elak bendul di dalam yang boleh menyebabkan warga emas tersepak dan terjatuh ketika berjalan.
Sekiranya menggunakan wayar terbuka pastikan ia dilekat di dinding dan tidak menghalang laluan .

Di bilik tidur warga emas:
  •  Cukup dengan meyediakan katil, almari dan meja solek. Ini untuk mengelakkan dari terlanggar atau sukar untuk bergerak
  • Biarkan cahaya yang terang di bilik mereka.
  • Gunakan ketinggian katil yang sesuai untuk memudahkan mereka menaiki dan menuruni katil.
  • Pastikan system  pengudaraan yang baik di bilik pesakit.
Gunakan pintu bilik air yang mudah di buka seperti sliding door .
  • Pastikan lantai yang digunakan tidak licin.
  • Gunakan Mentor  yang sesuai untuk menghasilkan cahaya yang  terang.
  • Letakkakn peralatan seperti sabun, berus gigi, tuala di tempat yang mudah dicapai
  • Sediakan tempat pemegang tangan (hand grab) untuk memudahkan mereka bangun dari tandas.
Untuk keselamatan di dapur pula:
  • Pastikan permukaan lantai dapur yang digunakan tidak licin.
  • Bina kabinet dapur yang agak rendah agar mereka senang untuk mencapai peralatan di dapur
  • Gunakan alat  memasak yang ada pemegang ringan
  • Gunakan kepala paip jenis “lever”.
  • Susun perabut ke tepi supaya tidak menghalang laluan dan selamat.
Bagi rumah yang bertingkat, bahagian tangga perlu dititkberatkan.
  • Gunakan anak tangga lebar, tidak licin dan
           ditanda di tepinya.
  • Gunakan pemegang yang kukuh dan sesuai.
  • Tangga tidak terlalu curam.
  • Gunakan lampu yanga agak terang di bahagian tangga.

Pastikan halaman rumah anda bersih, selamat dan tiada halanagn untuk mereka bebas bergerak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan