KESELAMATAN MELIBATKAN NYAWA DAN HARTABENDA...Apakah persiapan ANDA/KITA...?
Apakah persiapan ANDA/KITA....?
UNTUK ORANG ANDA/KITA SAYANG...?
Bayi 6 bulan kritikal melecur teruk dalam kebakaran
Ditulis oleh Admin Bomba
Khamis, 16 Ogos 2012 07:59 -
16 Ogos 2012 BUTTERWORTH - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan berada
dalam keadaan kritikal akibat melecur teruk dalam kebakaran sebuah
rumah pangsa tingkat 4, Mak Mandin di sini, pagi ini.Dalam kejadian
10.36 pagi itu, Y. Meysshvin, yang melecur 70 peratus di muka dan badan
sedang tidur apabila api dipercayai dari tempat sembahyang rumah
terbabit terjatuh lalu terbakar dan merebak ke seluruh rumah.
Walaubagaimanapun, bayi tersebut diselamatkan oleh jiran berhampiran
yang terdengar tangisan bayi dari rumah terbabit.
Penjaga bayi itu, G. Sarojah, 48, berkata ketika kejadian bayi itu sedang tidur di dalam buaian dan dia tiada rumah.
"Saya tinggalkan bayi itu kerana saya pergi ke pasar yang terletak di
bawah rumah. Apabila pulang saya dapati rumah saya telah terbakar,"
katanya ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya, di sini hari
ini. Beliau berkata bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang pada 12
tengah hari untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri,
Mohamad Shoki Hamzah berkata sepasukan tujuh anggota bomba dikejarkan ke
tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 10.36 pagi.
"Semasa kami sampai bayi berkenaan telah diselamatkan oleh jiran-jiran yang memecah masuk ke rumah itu," katanya.
Mohamad Shoki berkata bomba mengambil masa 20 minit untuk mengawal
kebakaran yang memusnahkan 90 peratus rumah tersebut dan punca kebakaran
masih dalam siasatan
VOL 1-PAGE 4(REV 01)
Melecur & Melepuh
Pengenalan
Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur
mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaaan akibat melecur biasanya
berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor
yang belum matang. |
- Lepuhan akibat daripada air panas atau cecair masakan.
- Objek panas seperti sterika, dapur.
- Haba daripada minyak masak yang terlampau panas, percikan api.
- Kebakaran bahan kima yang menghakis.
- Kebakaran elektrik seperti bermain dengan plug elektrik,sambungan wayar dan soket yang terdedah.
- Terdedah terlalu lama kepada pancaran cahaya matahari.
Tanda dan gejala
Melecur terbahagi kepada :-
Permukaan Kulit
- Ia hanya melibatkan permukaan kulit sahaja. Kulit menjadi merah dan sakit, tetapi tiada gelembung.
-
Kulit Dalam
- Ia melibatkan lapisan luar kulit. Selain kulit menjadi merah, panas atau sakit, kulit juga melepuh.
-
Keseluruhan Kulit
- Ia melibatkan semua lapisan kulit termasuk tisu dalaman kulit. Kulit kelihatan pucat, keras dan menggelupas. Ia tidak menyakitkan dan mungkin terdapat kerosakan pada salur saraf.
Komplikasi
Komplikasi yang serius boleh berlaku sekiranya sebahagian besar permukaan kulit melecur dan melibatkan bahagian dalaman kulit :- Jangkitan - demam, bernanah, sakit yang teruk dan kulit menggelembung.
- Komplikasi jangka panjang ialah terjadinya parut.
Rawatan
Jika sebahagian kulit sahaja yang melecur(kurang daripada saiz tapak tangan), ia boleh dirawat di rumah.- Lucutkan pakaian yang ketat dan barang hiasan dengan berhati-hati.
- Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 15 minit.
- Sapukan krim atau losyen yang sesuai.
- Jangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega, minyak rambut atau ubat gigi yang mana ianya boleh menyebabkan jangkitan.
- Minum ubat paracetamol (sirap) untuk mengurangkan kesakitan.
- Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja.
- Anda perlukan imunisasi untuk menghalang tetanus. Dapatkan khidmat doktor.
- Keseluruhan kulit terbakar.
- Kulit yang melecur melebihi saiz tapak tangan mangsa.
- Jika ia melibatkan bahagian mulut, tekak, mata, telinga, muka atau kawasan kelamin.
- Melecur disebabkan bahan-bahan kimia.
- Melecur akibat renjatan elektrik.
- Terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan.
Pencegahan
- Jauhkan kanak-kanak daripada dapur yang panas, air panas dan barang-barang elektrik.
- Jangan biarkan kanak-kanak dalam 'baby walker' di kawasan dapur.
- Jangan mendukung anak kecil ketika memasak.
- Jangan membawa masakan panas ketika anak-anak berada berhampiran.
- Jauhkan mancis, pemetik api dan rokok daripada kanak-kanak.
- Jangan biarkan anak-anak bermain dengan barangan elektrik di rumah.
- Jangan biarkan wayar barangan elektrik berjuntai dan simpan sterika panas di tempat yang selamat.
- Jangan gunakan alas meja kerana kanak-kanak kecil boleh menariknya jatuh.
Pemulihan
- Rawatan urutan kanak-kanak dan rawatan terapi bergantung pada tahap kecederaan.
- Sesetengan kecederaan memerlukan rawatan seperti pembedahan untuk menampal kulit.
VOL 1-PAGE 4(REV 00)
Kebakaran dan Kelecuran
Kebanyakan
anak yang mengalami kecederaan ini memerlukan rawatan di hospital. Ini
adalah kerana kelecuran itu melibatkan kawasan kulit yang besar. Anak
yang kecil sering kelecuran akibat tercurah cecair panas manakala anak
yang lebih besar sering terbakar akibat bermain api. Kebanyakan
kelecuran yang berlaku di rumah terjadi di dapur.
- Jauhkan anak kecil dari dapur kerana di situlah air panas, minyak panas dan masakan panas disiapkan dan kemalangan boleh berlaku. Sebagai langkah keselamatan pastikan semua alat memasak (seperti kuali berisi minyak panas, koleh berisi air panas, dll.) tidak dapat ditarik oleh anak yang masuk ke dapur.
- Jangan tinggalkan anak kecil berseorangan apabila makanan atau minuman panas dihidangkan di atas meja. Lebih-lebih lagi sekiranya anak bermain dengan alat bertatih, kerana ia dapat memanjat dan mencari makanan itu. Dalam usahanya, ia akan tersimbah air panas.
- Jangan beri mancis kepada anak kerana ia akan bermain dengannya apabila ibu bapa keluar rumah.
- Sampah-sarap harus dibakar oleh orang dewasa dan bukannya anak kecil. Jangan buang tin "aerosol" ke dalam api kerana ia boleh meletup.
- Jangan biarkan anak bermain mercun. Tiap-tiap tahun menjelang hari perayaan, ramai anak-anak tercedera akibat bermain mercun.
- Kunci semua bahan api seperti minyak tanah, petrol, dll.
- Jaga wayar alat-alat masakan seperti cerek, pemasak nasi, dsb.
- Jangan lupa bahawa dapur adalah kawasan yang berbahaya kepada anak anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan