VOL 2-PAGE 1(REV 01)
Keracunan
Pengenalan
Keracunan adalah penyebab utama penyakit di kalangan kanak-kanak. 90% masalah keracunan berlaku di rumah.Kanak-kanak berusia 1 hingga 4 tahun adalah berisiko tinggi mengalami keracunan kerana sifat ingin tahu semula jadi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru.
Sumber racun yang biasa terdapat di rumah:
- Minyak tanah dan hidrokarbon (petrol).
- Ubat-ubatan.
- Racun serangga, racun rumpai.
- Bahan pencuci, pengilat, kaustik.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya anak anda terkena racun?
- Bersihkan racun daripada mata, kulit dan mulut anak anda.
- Sentiasa menyimpan nombor telefon Pusat Racun Negara (04-6570099) di tempat yang mudah dicapai (cth : di pintu peti sejuk).
- Cuci mata dengan air mengalir sekurang-kurangnya 5 minit dengan mata terbuka.
- Jangan biarkan anak anda menggosok mata yang terkena racun..
- Cuci racun yang terkena kulit dengan air yang banyak.
- Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
- Keluarkan semua ubat daripada mulut kanak-kanak.
- Periksa untuk kesan terbakar, luka atau iritasi.
- Pastikan anak anda mendapat udara segar.
- Longgarkan semua pakaian.
- Jika tidak bernafas, bersihkan kerongkong anak anda dan mulakan pernafasan mulut ke mulut (CPR). Teruskan sehingga bantuan tiba.
- Jika tertelan racun, segera bawa anak anda ke hospital berdekatan.
- Jangan galakkan anak anda muntah jika dia pengsan atau mendapat sawan akibat daripada keracunan minyah tanah / asid / alkali.
- Baringkan anak anda pada posisi mengiring dan cucikan mulut daripada bahan racun tersebut.
- Bawa anak anda ke hospital dengan membawa contoh racun.
Pencegahan
- Awasi anak anda.
- Simpan ubat-ubatan / alkohol di tempat yang tidak boleh dilihat atau dicapai oleh anak anda.
- Simpan ubat-ubatan dalam bekas yang tidak boleh dibuka oleh kanak-kanak dan labelkan bekas tersebut.
- Berikan ubat dengan sukatan yang betul.
- Ubat yang tidak digunakan perlu dibuang / dimusnahkan.
- Kendalikan makanan dengan selamat - sentiasa mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan, masak daging mentah dan telur serta cuci buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Didik anak anda mengenai asas keselamatan.
- Elakkan menyimpan racun dalam bekas minuman berkarbonat untuk mengelakkan anak anda keliru dan meminumnya.
(Vol2-rev:00)
Keracunan
Minyak tanah, ubat-ubatan, cecair membasuh rumah, alat solekan dan ubat membunuh tikus merupakan racun-racun yang sering termakan oleh kanak-kanak. Semua racun ini boleh mengakibatkan maut. Apabila anak pandai berjalan, mereka akan cuba makan apa sahaja yang dijumpainya termasuk racun. Oleh itu, ibu bapa mesti memastikan rumah mereka selamat untuk anak dengan mengikuti nasihat berikut :
- Semua jenis ubat harus disimpan di dalam almari berkunci atau tempat yang tinggi dan selamat. Ubat yang beraneka warna akan menarik perhatian anak sehingga ia menyangkakannya gula-gula.
- Jangan letak minyak tanah atau cecair yang berbahaya lain di dalam bekas botol minuman yang terbiar kerana anak akan menyangka bahawa air di dalam botol itu boleh diminum. Cecair beracun patut disimpan di dalam botol yang berlabel dan disimpan di dalam almari yang berkunci sekurang-kurangnya 1.75 meter dari paras lantai.
- Jangan makan ubat di hadapan anak kerana anak kerap meniru perbuatan ibu, bapa atau ahli keluarga lain.
- Ubat harus disimpan di dalam bekas yang tidak dapat dibuka anak (child resistant container). Bekas-bekas ini ada dijual di farmasi tempatan. Jika ada anak di rumah, jangan simpan banyak ubat.
- Ubat tikus amat berbahaya! Jangan letakkannya di lantai tempat anak sering bermain. Ubat tikus mesti diletakkan di kawasan yang tidak dapat dilihat dan diambil oleh anak. Lebih elok jika perangkap tikus digunakan kerana ia lebih selamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan