Isnin, 28 Oktober 2013

VOL 8-Panduan-panduan Keselamatan di Rumah (page 1-rev00)

Keselamatan di rumah merupakan satu isu yang sering diabaikan. Menjadikan rumah anda sebagai sebuah rumah yang selamat untuk kanak-kanak adalah satu proses yang rumit dan terperinci. Proses ini bermula daripada kesedaran serta kemahuan ibu bapa untuk menjadikan rumah sebagai sebuah tempat perlindungan yang selamat.Sebahagian besar kecederaan yang berlaku berpunca daripada kemalangan yang berlaku di rumah. Kemalangan-kemalangan ini sebenarnya boleh dicegah. Kemalangan-kemalangan pada kebiasaanya berlaku pada waktu lewat petang atau pada waktu malam apabila kanak-kanak keletihan dan mengantuk. Jenis kemalangan yang sering berlaku ialah:
·         Terjatuh
·         Terkena api
·         Terambil racun
·         Sesak nafas atau tercekik
·         Lemas

 Diadaptasi dari “Garispanduan Kaunseling Untuk Keselamatan Kanak-Kanak dan Remaja”, terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia



Tiada ulasan:

Catat Ulasan