Isnin, 4 November 2013

VOL 4-Kebakaran di dapur (page2)


KESELAMATAN MELIBATKAN NYAWA DAN HARTABENDA...Apakah persiapan ANDA/KITA...?

Apakah persiapan ANDA/KITA....?
UNTUK ORANG ANDA/KITA SAYANG...?  

Jiran dengar letupan, sebelum lihat kebakaran
BATU PAHAT – “Saya tersentak apabila diberitahu jiran, rumah saya terbakar,” kata Jamil Ahmad, 49, mangsa kebakaran di Kampung Parit Imam, kelmarin.

Jamil berkata, dia dimaklumkan jiran menerusi panggilan telefon yang mendengar letupan kuat disangka orang bermain mercun.

Jelasnya, ketika kejadian kira-kira jam 8 malam itu, dia dan isteri berada di tempat kerja.

"Saya cuma risau keselamatan anak, namun lega setelah diberitahu mereka selamat. Rupanya tiga anak saya keluar waktu itu.

“Selepas dimaklumkan, saya bergegas pulang dan mendapati bahagian dapur rumah saya hangus terbakar,” katanya.

Jamil berkata, tindakan pantas jirannya telah menyelamatkan rumah dan sebahagian barangan termasuk kereta miliknya.

"Penduduk yang menyedari kejadian itu membantu memadamkan api menggunakan air paip sebelum pasukan bomba tiba.

“Kerjasama penduduk berjaya mengelakkan rumah saya daripada terus hangus terbakar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba Jalan Timah Sari, Bakeri Lihat berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.52 malam.

“Dua jentera dikejar ke tempat kejadian bersama sembilan anggota, dan api dikawal dalam masa lima minit.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada litar pintas di bahagian dapur rumah terbabit,” katanya.

Dalam kejadian itu, rumah milik Jamil hampir musnah, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.









Mencegah Kebakaran Di Dapur
Keselamatan Kebakaran Di Dapur

  • Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.
  • Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar.
  • Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.

Kebersihan Dapur
  • Elakkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resepi dan bahan-bahan mudah terbakar berhampiran atau diatas ruangan aktiviti memasak.
  • Pastikan rak dapur sentiasa bersih. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak boleh disambar api.
  • Elakkan sebarang bahan mudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak.

Cegah Kebakaran
  • Makanan yang dimasak dalam "microwave" menghasilkan tahap kepanasan yang tinggi. Bukakan tutup dengan cermat.
  • Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan basah kerana air boleh bertukar kepada stim dan boleh menyebabkan tangan anda melecur. 

Keselamatan Litar Elektrik Di Dapur
  • Gunakan satu peralatan (jenis pemanas) bagi satu soket dalam satu masa.
  • Pastikan fius dan pemutus litar direka dan diadakan bagi memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa sekiranya berlaku lebihan arus.
  • Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi satu perkakas elektrik.
  • Wayar yang pecah dan terkoyak hendaklah diganti.
  • Sekiranya peralatan elektrik di dapur terlalu panas atau berasap, putuskan sambungan plug segera. Gantikan atau bawa peralatan tersebut untuk diperiksa.

Memadam Kebakaran Di Dapur
Kebakaran minyak
Jika kebakaran minyak berlaku dalam kuali atau periuk berlaku :
  • Padamkan api dapur.
  • Tutup permukaan dengan tudung.
  • Biarkan kuali atau periuk menjadi sejuk. 
  • Buka penutup perlahan-lahan.
Kebakaran Oven atau Ketuhar
Apabila kebakaran dalam oven atau ketuhar berlaku :
  • Tutup sumber elektrik.
  • Ubah ke tempat terbuka / lapang.
  • Pastikan pintunya sentiasa tertutup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan